Kadet Bomba Perlis

"GEMILANGNYA TIADA BERGANTI"

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Saturday, September 5, 2009
Posted by administrator

SAMBUTAN 10 TAHUN

(1999-2009)

KADET BOMBA DAN PENYELAMAT,

BERSEMPENA

HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H/2009 M





Sambutan 10 tahun Kadet Bomba dan Penyelamat bersempena
Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M akan diadakan.

Segala maklumat tentang sambutan tersebut adalah seperti berikut:-

Objektif Sambutan tersebut adalah:
  • Menghimpun seluruh kadet Bomba dan Penyelamat sepanjang 10 tahun ini.
  • Menghimpunkan seluruh anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  • Meraikan Aidilfitri yang bakal menjelma.
  • Mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim.
  • Memupuk semangat kerjasama,kebersamaan dan kesatuan dikalangan kadet,anggota dan juga kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Tarikh Perlaksanaan:
7 Syawal 1430 H/ 26 September 2009M

Masa Perlaksanaan:
12:00pm hingga 4:00pm

Tempat Perlaksanaan:

Balai Bomba dan Penyelamat,

Kangar, Perlis

Anjuran:

  • Kelab Bekas-bekas Kadet
  • Kadet Bomba dan Penyelamat


Untuk pengetahuan semua..

Sempena sambutan yang julung kalinya diadakan ini, pihak pengurusan telah menetapkan setiap pendaftaran akan dikenakan RM5. Ini adalah kerana kita tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak.

Bagi pendaftaran untuk ke majlis tersebut. Anda perlulah mendaftar di ruangan pendaftaran atau tab pendaftaran di atas. selain itu anda juga boleh membuat pendaftaran pada unit pendaftaran secara Short Message Service(SMS) atau secara panggilan.

ini adalah pihak yang bertanggungjawab dalam proses pendaftaran:

Nasrul bin Che Ali
012-5339935
Baizuliana binti Baharom
012-4161424


Kehadiran anda semua amat la dialu alukan bagi memeriahkan lagi majlis yang telah lama kita rancangkan ini. Ini semua tidak lainnya adalah ingin menguatkan lagi kekeluargaan kita yang tanpa kita sedari sudah 10 tahun lebih Kadet Bomba bergiat di Negeri Perlis ini.

Diharapkan semua pembaca dapatlah mengembangkan lagi pemberitahuan hasrat kita bersama ini kepada rakan-rakan Bekas Kadet Bomba atau kadet bomba kita yang lain.

Semoga segala perancangan dan gerak kerja yang bertunjangkan keikhlasan dalam beramal dapat dilaksanakan selancarkan mungkin dibawah dan inayah Yang Maha Esa. Turut memohon amal sekecil ini bisa mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada anda semua.